Carian

Friday 9 December 2011

KOMSAS : NOVEL ISTANA MENANTI SINOPSIS


SINOPSIS NOVEL ISTANA MENANTI 

Novel ini menceritakan tiga orang sahabat iaitu Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng yang ingin mendaki Gunung Datuk untuk mencari istana lama. Instana tersebut diberi nama ‘Istana Menanti’.
            Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Tok Ngah mendaki Gunung Datuk dan menemui istana tersebut yang berkunci. Mereka berjaya masuk ke dalam istana itu melalui sebuah bilik dan menemui terowong rahsia. Mereka masuk ke dalam ter0wong dan bertemu seorang lelaki bernama Khairul Anuar yang terperangkap dalam terowong itu.
            Ketika Ah Seng membuang air, dia diserang sekumpulan penjenah yang sedang mencari harta karun yang ditanam 40 tanun dahulu. Penjenayah itu adalah pengganas komunis. Penjenayah itu juga berjaya menangkap Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairul Anuar. Mereka dipaksa menggali harta yang ditanam di terowong itu.
Setelah lama menggali, Fadhil tercangkul sebuah peti. Peti itu berisi emas yang dirampas daripada tentera Jepun.
Di kampung, ibu bapa Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng merasa risau kerana anak-anak mereka tidak pulang ke rumah. Mereka melapor kepada pihak polis. Operasi mencari dijalankan di kawasan istana lama itu.
Mereka ternampak Tok Ngah yang kecemasan. Akhirnya pihak polis berjaya mennangkap penjenayah-penjenayah tersebut serta menyelamatkan Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng dan Khairil Anuar.
Satu majlis kesyukuran diadakan di balai polis. Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng menerima anugerah daripada pihak polis kerana membantu memberkas penjenayah tersebut.

1 comment:

  1. Boleh x buat ikut bab...saya nk buat kerja rumah saya...sinopsis dari bab1 - bab 14...nk hantar isnin depan...18 Februari 2013...tlg bls ok...tlg sgt..tq kak klau bleh tlg...klau x bleh..xpe lh kak...Assalamualaikum Kak...

    ReplyDelete