Carian

Saturday 10 December 2011

BAGAIMANA MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA MELAYU : BAHAGIAN D (PENGETAHUAN NOVEL)


Pelajar khas selalu menyatakan amat susah untuk menjawab soalan Bahagian D Bahasa Melayu Kertas 2. Cikgu harap kaedah ini dapat membantu pelajar-pelajar. Yang penting kita usaha dan jangan cepat berpurtus asa.

Di sini Cikgu berikan beberapa contoh soalan berkaitan pengetahuan novel tersebut.
Jika pelajar-pelajar berasa sukar untuk membina ayat sendiri atau tidak dapat mengingat beberapa fakta, berikut adalah beberapa tips untuk menjawab soalan ini.

1. Persoalan, nilai dan pengajaran berkongsi huraian atau contoh yang sama.
2. Pelajar perlu hafal tiga atau empat mana-mana persoalan, nilai dan pengajaran yang mudah diingati serta huraiannya.

Di bawah ini, Cikgu berikan contoh bagaimana menjawab soalan yang melibatkan persoalan, nilai dan pengajaran Novel Istana Menanti.


Contoh soalan Bahagian D Kertas 2 Bahasa Melayu Tingkatan 1




1. Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam Novel Istana Menanti.
Novel yang saya kaji ialah Novel Istana Menanti. Nilai pertama ialah setia kawan contohnya Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berkawan baik walaupun berbeza agama dan bangsa.
Nilai kedua  ialah berani contohnya Ah Seng berani masuk ke dalam terowong seorang diri ketika mencari tempat untuk membuang air besar.
Nilai ketiga ialah kasih sayang contohnya ibu bapa Fadhil amat meyayanginya dan berasa risau apabila Fadhil dan rakan-rakannya belum pulang dari Gunung Datuk.



2. Nyatakan tiga persoalan yang anda pelajari daripada Novel Istana Menanti.
Novel yang saya kaji ialah Novel Istana Menanti. Persoalan pertama ialah semangat setia kawan contohnya Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berkawan baik walaupun berbeza agama dan bangsa.
Persoalan kedua  ialah keberanian menghadapi cabaran contohnya Ah Seng berani masuk ke dalam terowong seorang diri ketika mncari tempat untuk membuang air besar.
Persoalan ketiga ialah sikap kasih sayang antara ahli keluarga contohnya ibu bapa Fadhil amat meyayanginya dan berasa risau apabila Fadhil dan rakan-rakannya belum pulang dari Gunung Datuk.








3. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam Novel Istana Menanti.
Novel yang saya kaji ialah Novel Istana Menanti. Pengajaran pertama ialah kita hendaklah mempunyai semangat setia kawan contohnya Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berkawan baik walaupun berbeza agama dan bangsa.
Pengajaran kedua ialah kita mestilah berani walaupun terpaksa menghadapi kesusahan contohnya Ah Seng berani masuk ke dalam terowong seorang diri ketika mncari tempat untuk membuang air besar.
Pengajaran ketiga ialah kita hendaklah ada rasa kasih sayang terhadap anak-anak contohnya ibu bapa Fadhil amat meyayanginya dan berasa risau apabila Fadhil dan rakan-rakannya belum pulang dari Gunung Datuk.







TEMA, PERSOALAN, NILAI & PENGAJARAN NOVEL ISTANA MENANTI


TEMA
Sikap berani dan rasa ingin tahu serta ketabahan menghadapi cabaran dalam usaha mengekalkan warisan sejarah.

PERSOALAN
NILAI
PENGAJARAN
HURAIAN / CONTOH
Semangat setia kawan.
Setia kawan
Kita hendaklah mempunyai semangat setia kawan.
Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berkawan baik walaupun berbeza agama dan bangsa.
Keberanian menghadapi cabaran.
Berani
Kita mestilah berani walaupun terpaksa menghadapi kesusahan.
Ah Seng berani masuk ke dalam terowong seorang diri ketika mncari tempat untuk membuang air besar.
Sikap kasih sayang antara ahli keluarga.
Kasih sayang
Kita hendaklah ada rasa kasih sayang dan ambil berat terhadap anak-anak.
Ibu bapa Fadhil amat meyayanginya dan berasa risau apabila Fadhil dan rakan-rakannya belum pulang dari Gunung Datuk.
Sikap Bekerjasama dan bermuafakat.
Kerjasama
Kita mestilah bekerjasama antara satu sama lain.
Penduduk kampung bekerjasama dengan polis mencari Fadhil dan rakan-rakannya yang hilang di Gunung Datuk.
Menghargai bantuan yang diberi.

Mengenang budi
Kita mestilah mengenang budi orang yang pernah membantu kita.
Pihak polis mengucapkan tahniah kepada Fadhil dan rakan-rakannya kerana membantu polis menangkap penjenayah.